Temuai

free link to home study courses guide
Online home study courses guide.

Thursday, March 17, 2011

Makmal Analisis Rangkakerja Lojik NRE Malaysia

Salam hormat kepada rakan-rakan yang telah sama-sama menyertai makmal tersebut selama 3 hari sehingga larut malam bermula dari 6/3 -8/2011 yang lepas.

Makmal tersebut bertujuan untuk menyediakan Kertas Rancangan masing-masing satu Projek bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli (NRE). NRE telah di beri Peruntukan tambahan dari Kerajaan bagi projek-projek baru pemeliharaan alam sekitar untuk tahun 2012 dan 2013.

Perbincangan 3 hari tersebut menjadi peluang bertemu rakan-rakan lama dari seluruh Semenanjung atau KL dan juga Sabah selain dari bertemu bekas pensyarah dalam tahun 1989, En. Awang Nor (Sekarang Profesor Dr.) selaku menjadi fasilitator makmal.

Terima kasih kepada "Boss" kerana memberi peluang kepada saya menyertai makmal tersebut.



Para Peserta Makmal datang dari berbagai Agensi Kerajaan dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak


Profesor Dr. Awang Nor Abd. Ghani Facilitator dari Fakulti Perhutanan UPM Serdang


YBhg. Dato Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia


Kementerian Alam Sekitar & Sumber Asli Malaysia


Nya pengawa orang duduk di belakang


Pemandangan dari Grand Margaretta Hotel - Pemebersihan alam sekitar (sungai)


cda

No comments:

Panggau Bujang Dara Endu Endun

Menua Apai Indai Aki Ini

Pupu Menua

Pupu Bansa