Temuai

free link to home study courses guide
Online home study courses guide.

Wednesday, December 16, 2009

Bekas Tentera Koloni (Sarawak Rangers)

Seorang bekas Anggota Tentera Sarawak Rangers atau Sarawak Police Field Force semasa pemerintahan Koloni, En. Chapi Ak Mandau telah saya temui di Sibu semasa saya melawat ke rumah sanak saudara baru baru ini. Saya begitu tertarik sekali dengan perbualan dengan beliau yang masih ingat apa yang pernah dan telah mereka lalui dan tempuhi semasa masih dalam angkatan tentera bersama British dahulu.

En. Chapi Ak Mandau juga mempunyai daya ingatan yang masih kuat. Beliau masih ingat berberapa nama dan asal rakan sepasukan dan ketua pasukan, malah beliau tanpa teragak-agak menyebut nombor anggota tentera beliau sepanjang berkhidmat dalam tentera selama 7 tahun (1958-1964) iaitu RF 1654.

En. Chapi Ak Mandau yang ditemani isteri beliau datang ke rumah tersebut untuk mendapatkan pengesahan dan tandatangan seorang Ketua Masyarakat, suatu borang permohonan bantuan perbelanjaan dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Sibu.

Pada pandangan saya, kehidupan En. Chapi Ak Mandau dan keluarga kemungkinan hidup secara kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Oleh yang demikian, kita mengharapkan pihak berkuasa yang berkenaan seharusnya mengambil berat tentang kebajikan dan kehidupan harian para HERO yang pernah mengadai nyawa mempertahankan tanah air dari kekejaman pengganas komunis.

Adalah sangat tidak masuk akal malah membuang masa semata mata membincangkan isu membawa masuk PENJENAYAH NEGARA seperti Chin Ping jika dibandingkan dengan mereka seperti En. Chapi Ak Mandau dan mungkin ramai lagi rakan beliau seperti En. Jembu Ak XXX di Rh. Kana, Nanga Lingah Julau, TR. Nyayang di Ulu Ensiring Julau dan lain-lain lagi yang tidak diketahui tempat dan keadaan kehidupan mereka.

Sekiranya, maklumat yang saya paparkan di sini tidak seberapa lengkap, mereka yang prehatin dan pihak yang berkaitan dengan kebajikan bekas anggota-anaggota tentera seperti Persatuan Bekas Tentera dan Jabatan Pertahanan Awam, sangat dialu-alukan mendapatkan maklumat terus sambil melihat sendiri kehidupan En. Chapi Ak Mandau di Rh Ngalai, Sekuau Sibu, En. Jembu di Ng. Lingah Pakan dan TR. Nyayang di Ulu Ensiring Julau.

Saya sudi menawarkan diri menguruskan kunjungan pada bila-bila masa kepada sesiapa yang ingin melihat sendiri kehidupan bekas-bekas tentera tersebut. Semoga kebajikan bekas-bekas tentera mendapat perhatian dari pihak yang bertanggung jawab.



En. Chapi Ak Mandau masih bertenaga walaupun menjangkau usia 87 tahun mengikut rekod kelahiran pada 5 Hb. Dis 1932


En. Chapi Ak Mandau ketika menceritakan pengalaman selama 7 tahun berkhidmat dalam tentera Koloni


4 comments:

The Utusan Subis said...

Hai saudara budiman, salam 1m'sia...
saya tertarik pada etikel tentera koloni wak tu. kalau ada bahan2 boleh dikongsi sila email kepada saya amirulkiut@gmail.com

http://www.utusansubis.blogspot.com

Apaienduq said...

Salam 1Sarawak & selamat tahun baru USubis,

Terima kasih kerana sudi lawat Penjurai dan tinggalkan pesan.

Saya cuba menampilkan perkara yang sama pada masa depan jika mendapat maklumat terbaru.

Terima kasih.

Sada Menua said...

uncle... encik Jembu ak XXX ko nuan nya.. apai terence, rh kana Lingah Julau..

Apaienduq said...

SMenua, selamat taun baru ngagai kita sebilik.

Apai Terence meh nya, tang aku enda ingat ka nama aki Terence. Nuan meri aku details pasal iya ba sedadu suba.

Panggau Bujang Dara Endu Endun

Menua Apai Indai Aki Ini

Pupu Menua

Pupu Bansa