Temuai

free link to home study courses guide
Online home study courses guide.

Saturday, July 12, 2008

Gawai Dayak di Sanggau Kalimantan Barat


Terima kasih kepada Pengerusi Dewan Adat Dayak Sanggau, Pak Andeng kerana telah memanjangkan undangan Gawai kepada SDNU. Pak Andeng adalah Bupati Sanggau selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Gawai Dayak 2008 peringkat Sanggau.

Undangan dari DAD Sanggau tidak dihampakan oleh pihak SDNU, oleh itu Jawatankuasa Tertinggi SDNU telah mempelawa, mana-mana ahli yang ingin menyertai rombong tersebut yang merupakan lawatan sambil belajar disamping memperkukuhkan lagi tali persaudaraan di antara kaum-kaum serumpun dalam dua negara yang berjiran.

Oleh kerana tidak mahu ketinggalan dan terlepas pula peluang keemasan ini, beberapa rakan saya pun sama-sama menerima pelawaan SDNU, malah peluang keemasan ini telah di sambut baik kerana dapat membawa ahli-ahli keluarga masing-masing bercuti di hujung minggu.

Seramai 36 orang dalam rombongan ini terdiri dari kaum Iban, Bidayuh, Kayan dan Kenyah. Jumlah tersebut juga termasuk ahli-ahli keluarga yang dewasa dan muda dengan menaiki 8 buah kenderaan dari Kuching. Dalam rombongan tersebut, 5 orang rakan telah membawa keluarga bersama-sama, manakala yang lain yang hanya ditemani lensa tetap sama-sama menyumbangkan kemeriahan rombongan.

Salam kepada semua rakan yang terlibat, semoga kita telah mendapat suatu pengalaman dan kesedaran, bahawa wujudnya kaum serumpun yang punyai persamaan dalam agama, sosial dan budaya hidup di sebelah perbatasan yang mungkin tidak pernah kita sedari sebelum ini.

Rakan-rakan seperjuangan, pada kali ini kita telah diundang dengan penuh peradaban Dayak, apakah kita mampu berbuat perkara yang sama dan seterusnya memanjangkan undangan kepada mereka pada masa hadapan? Selain itu mampukah kita meneruskan persahabatan kita untuk sama-sama menaikkan taraf sosial, ekonomi, pendidikan dan budaya semua kaum rumpun Dayak? Jika diteliti, hasil dari saling undang mengundang dan lawat melawat dan kerjasama ini, suatu ketika nanti, mungkin timbul pula idea dan kesedaran baru bagi menuju perpaduan Dayak serantau, tidak mustahir bukan?

Itu semua tidak mustahir, maklumlah kita sekarang hanya dipisahkan oleh sempadan di atas peta, tetapi bagi mereka yang diam di sepanjang sempadan tetap tiada tembuk menjadi penghalang untuk bergerak kunjung mengunjung sanak saudara masing-masing terutamanya pada musim perayaan.




Rakaman Lensa



Menyediakan dokumen perjalanan melalui Post Imigrasi Tebedu



Menunggu rakan menyiapkan dokumen perjalanan sambil berehat




Pengelaman pertama melawat ke negara jiran, Christopher di Post Imigrasi Malaysia



Bapak Langkasty menjadi Pengurup Wang




Semua kenderaan di lekatkan tanda Jemputan



Convoy undangan dari Sarawak semasa persinggahan di Entikong




Rumah Betang/panjang yang menjadi lambang perpaduan semua Kaum Dayak di Sanggau





Para undangan telah di bawa melawat ke tempat-tempat cara dan pertandingan serta di beri taklimat oleh salah seorang Penatia Gawai





Para pengunjung yang membanjiri padang pameran dan pertandingan acara sukan kebudayaan Kaum Dayak




Cikgu Jonathan, lebih lebih lagi Cikgu Francis begitu gembira kesempatan menyaksikan rakan serumpun di Sanggau





Bapa Thadeus Yus bersama Bapa Langkasty Narang dan Bapa Anthony semasa berkunjung ke Pondok salah sebuah Bupatin di Kalbar





Ribuan motorsikal di hadapan perkarangan Gereja menggambarkan ribuan manusia membanjiri padang pementasan




Cenderahati, tanda terima kasih kepada Pak Andeng, Bupati selaku Pengerusi Jawatankuasa Gawai 2008 Sanggau




Bapa Sahala dan Bapa Salam memilih sajian makanan dari salah satu suku Dayak untuk para tetamu undangan




Sebahagian dari tetamu undangan bergambar kenangan di hadapan hotel



Nota:

Berita dalam BM - Untuk di fahami rakan dari negara jiran





2 comments:

Desmond said...

Gawak Dayak di sana enggak ada Ai Bisa?

akituai said...

Untung amai apaienduq ulih bejalai kin kia meda menua urang...

Panggau Bujang Dara Endu Endun

Menua Apai Indai Aki Ini

Pupu Menua

Pupu Bansa